Senarai Hyuga yang diketahui Hyuga

Keluarga Utama

Hyūga Elder (Unnamed)

Fail:Hyūga Elder.PNG"Orang tua" Hyuga yang tidak diketahui namanya.

Anggota klan hyuga ini tidak diketahui namanya tetapi beliau adalah bapa kepada Hiashi dan Hizashi. Beliau merupakan orang yang bertindak memberikan idea untuk menukarkan menukarkan mayat Hiashi dengan mayat adik kembarnya Hizashi ketika berlakunya insiden dengan kematian "Ketua Kampung Ninja Kumogakure" ketika cuba menculik Hinata suatu ketika dahulu.


  • Nama: Tidak diketahui (Bapa kepada Hiashi dan Hizashi)
  • Debut: Bab 105 (Manga); Naruto Episod 63 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan Manga
  • Umur: Tidak diketahui
  • Status: Masih hidup
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Hyūga, Konohagakure
  • Keluarga: Hiashi Hyūga (kembar), Hizashi Hyūga (kembar), Neji Hyūga (cucu), Hinata Hyūga (cucu), Hanabi Hyūga (cucu)



Hiashi Hyūga

Hiashi Hyuga

Hiashi Hyūga (日向ヒアシ, Hyūga Hiashi) merupakan ketua kepada klan Hyūga. Beliau merupakan bapa kepada Hinata Hyūga dan Hanabi Hyūga serta bapa saudara kepada Neji Hyūga.


  • Nama: Hiashi Hyūga (日向ヒアシ, Hyūga Hiashi)
  • Debut: Bab 78 (Manga); Naruto episod 46 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan Manga
  • Umur: Bahagian I: 41-42; Bahagian II: 44-45
  • Status: Masih hidup
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Hyūga, Konohagakure
  • Keluarga: "Orang tua" Hyūga (ayah), Hizashi Hyūga (adik kembar), Neji Hyūga (anak saudara), Hinata Hyūga (anak), Hanabi Hyūga (anak)


Latar belakang

Hiashi telah dilahirkan sebelum adik kembarnya; Hizashi dilahirkan, menjadikan dia sebagai ketua keluarga Hyuga. Oleh kerana itu jugalah dia diletakkan sebagai salah seorang ahli keluarga utama dan adik kembarnya hizashi menjadi ahli keluarga cabang yang dimestikan untuk mempertaruhkan nyawa melindung ahli keluarga utama. Bertahun kemudian, apabila Neji dilahirkan, Hizashi berasa sedih apabila mengenangkan anaknya tidak dapat dilahirkan sebagai ahli keluarga utama dan tidak mampu mencapai potensi yang setanding mereka. Ini mengakibatkan Hizashi membenci ahli keluarga utama termasuklah abangnya Hiashi dan anak-anak perempuannya; Hinata dan Hanabi. Hiashi juga turut meletakkan satu jampi kurungan sumpah ke atas Neji dan ini mengakibatkan hubungan mereka semakin renggang. Apabila Hizashi pernah merenung Hinata dengan "niat" membunuh, Hiashi telah mengaktifkan kesan jampi kurungan sumpah di kepala Hizashi, mengakibatkan dia mengerang kesakitan sambil memberitahu Neji akan tugasnya sebagai pelindung kepada ahli keluarga utama.

Ketika lawatan ketua kampung ninja Kumogakure ke Konoha dengan tujuan untuk menandatangani kontrak perdamaian di antara kedua-dua kampung tersebut, satu keraian telah dilangsungkan. namun, semua ahli klan Hyūga tidak menghadirkan diri kerana hari tersebut merupakan hari ulangtahun kelahiran Hinata (yang juga hari penabalan sebagai pewaris Hyūga). Satu insiden telah berlaku malam itu apabila Hinata diculik oleh ketua dari Kumogakure tersebut. Namun begitu, dia telah ditangkap dan dibunuh oleh Hiashi. Kemudiannya, pihak kumogakure telah menuntut ganti mayat Hiashi sebagai pampasan di atas kematian ketua mereka atau peperangan akan meletus di antara kedua-dua kampung tersebut. Pihak Konoha yang tidak mahu peperangan meletus kembali, telah bersetuju dengan permintaan daripada Kumogakure namun enggan menyerahkan rahsian Byakugan kepada pihak musuh. kemudian, bapa kepada Hiashi memberikan cadangan kepada Hokage Ketiga yang memerintah ketika itu untuk menyerahkan mayat Hizashi sebagai "pendua" agar dapat mengaburi mata ninja Kumogakure. ini adalah kerana, rahsia mengenai Byakugan akan termusnah apabila Hizashi yang memiliki tanda jampi kurungan sumpah mati. Hiashi cuba membangkang idea tersebut dan inginkan alternatif lain dicari, namun Hizashi telah bersetuju dengan kerelaan hatinya dan menyatakan bahawa dia kini boleh memilih sesuatu mengikut keinginannya (demi memperbetulkan kesalahannya kepada Hiashi) dan demi melindungi abangnya dan bukan mati demi klan Hyūga. Sebelum terbunuh, Hizashi telah mengamanahkan Hiashi agar memberitahu kisah sebenar di sebalik semua ini dan mengapa dia mengambil keputusan tersebut kepada Neji pada suatu hari nanti.

Pada awalnya, Hiashi telah melatih Hinata agar menjadi pewaris kepada klan Hyūga, namun disebabkan oleh hinata yang kekurangan keyakinan mengakibatkan dia bertukar perhatiannya kepada naka kedua; Hanabi Hyūga. Hinata kemudiannya telah diserapkan ke dalam Pasukan Kurenai di bawah pimpinan oleh ninja Jonin; Kurenai Yuhi bersama Kiba Inuzuka dan Shino Aburame.

Personaliti

Hiashi berperwatakan sebagai seorang yang serius dan tegas. Ini dapat dibuktikan melalui cara dia melatih kedua-dua anaknya dan jarang memuji apa yang dilakukan oleh mereka. Ini terbukti benar apabila dia menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil kisah mengenai "kebarangkalian" Hinata akan terkorban ketika menjalankan bersama Kumpulan Kurenai dan tutur menyatakan bahawa klan Hyūga tidak memerlukan pewaris yang lemah. Selepas jalan cerita ini berkembang dan Hinata mula menunjukkan peningkatan yang ketara, Hiashi mula menerima "kehadiran" Hinata. Hiashi juga turut dilihat sangat tegas terhadap adik kembarnya dan anak saudaranya; Hiazashi dan Neji, sehinggakan sanggup menghukum mereka dengan mengaktifkan jampi kurungan sumpah jika mereka ingkar dengan arahan dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Bagaimana, Hiashi sebenarnya sangat menyayangi mereka sebagai ahli keluarganya.

Bahagian I
  • Babak Peperiksaan Chūnin

Hiashi membuat kemunculan pertama dalam imbauan kisah Kurenai ketika menyaksikan pertarungan Hinata dan Neji dalam pusing penyingkiran dalam Peperiksaan Chūnin. Hiashi kemudiannya membuat kemunculan sebenar bersama Hanabi ketika menyaksikan pertarungan akhir di antara Neji dan Naruto. Hiashi begitu kagum dengan kebolehan Neji menggunakan teknik terhandal klan Hyūga secara bersendirian namun kecewa dengan sikap Neji yang tidak menyukai keluarga utama dan kepercayaannya mengenai "nasib tidak boleh diubah" yang dimiliki seseorang. Apabila Neji tewas kepada Naruto dan dirinya berada dalam dilema setelah mendengar kata-kata draipada Naruto, Hiashi bercadang untuk menemuinya dan memberitahu kisah sebenar di sebalik kematian ayahnya. walaupun pada mulanya Neji tidak mempercayai kisah tersebut, namun setelah Hiashi melutut dan merayu kepadanya mengenai kisah Hizashi, abrulah Neji mempercayai dan memaafkannya.

  • babak Penaklukan Otogakure dan Sunagakure

Hiashi telah membantu dalam mempertahankan Konohagakure daripada serangan musuh dari Otagakure dan Sunagakure. Hiashi dilihat menyerang musuh-musuhnya menggunakan teknik Gaya Lapan Triagram: Putaran Pertahanan Syurga.

  • Babak tambahan dalam Anime

Dalam babak ini, Hiashi mendapati bahawa tindakan memisahkan klan Hyūga kepada dua keluarga mewujudkan pertelingakahn dalaman yang besar. Sebagai ketua kepada klan Hyūga, Hiashi bercadang untuk memansuhkan tindakan ini. Hiashi mula melatih Neji yang datang dari keluarga cabang, sesuatu yang dianggap "dilarang" oleh keluarga utama yang lain. Hubungannya bersama Hinata dilihat semakin berkembang baik dan mula menggalakkan Hinata untuk mencuba sedaya yang dirinya termampu setelah dia menjadi lebih berkeyakinan.

Bahagian II
  • Babak Penaklukan Pain

Walaupun Hiashi amsih belum membuat kemunculan dalam Bahagian II siri ini, tetapi dia dinyatakan sedang berada di luar Konoha ketika serangan tersebut berlaku. Hiashi telah menugaskan Kō Hyūga untuk menjaga keselamatan Hinata ketika ketiadaannya.

Keupayaan

Sebagai ahli daripada klan Hyūga, Hiashi memiliki Byakugan, iaitu sejenis Kekkei genkai dimiliki oleh klan tersebut. melalui Byakugan yang dimilikinya, Hiashi memiliki penglihatan yang hampir menyamai 360-darjah, kecuali satu titik buta di belakang lehernya. Namun begitu, kuasa sepenuh yang dimiliki oleh Hiashi adalah masih tanda tanya dan rahsia.

Ketika serangan Orochimaru ke atas Konohagakure, Hiashi telah menunjukkan sebahagian daripada kebolehannya dengan menewaskan beberapa orang ninja daripada Otogakure dan Sunagakure. Hiashi turut menunjukkan kehandalannya menggunakan taijutsu apabila berjaya membunuh wakil kampung ninja Kumogakure dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja, dengan mengenakan serangan ke bahagian perut musuh untuk menyelamatkan Hinata.

Trivia
  • Dalam edisi alih-bahasa Inggeris, suara yang digunakan untuk Hizashi turut menggunakan orang yang sama memberikan rakaman suara kepada Hiashi.



Hinata Hyūga

Rencana utama: Hinata Hyuga
Fail:Hinata-Shippūden.jpgHinata Hyuga dalam Bahagian II.

Hinata Hyūga (日向ヒナタ, Hyūga Hinata) merupakan salah seorang watak sokongan utama dalam siri Naruto. Hinata merupakan ninaj wanita daripada Kunohagakure dan berasal dari klan Hyūga dan anggota pasukan Kurenai.


  • Nama: Hinata Hyūga (日向ヒナタ, Hyūga Hinata)
  • Debut: Bab 34 (Manga); Naruto Episod 1 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Pangkat Tertinggi: Bahagian I: Genin; Bahagian II: Chūnin
  • Umur: Bahagian I: 12-13; Bahagian II: 16
  • Status: Masih hidup
  • Jantina: Perempuan
  • Pertubuhan: Konohagakure
  • Pasukan: Pasukan Kurenai
  • Pasukan (terdahulu):' Pasukan Berlapan
  • Keluarga: Hyūga Elder (datuk), Hizashi Hyūga (bapa saudara), Hiashi Hyūga (ayah), Hanabi Hyūga (adik), Neji Hyūga (sepupu)



Hanabi Hyūga

Fail:Hyuga Hanabi.jpgHanabi Hyuga

Hanabi Hyūga (日向ハナビ, Hyūga Hanabi) merupakan ahli klan v. Hanabi adalah anak bongsu kepada Hiashi, adik kepada Hinata Hyūga dan sepupu kepada Neji Hyūga.


  • Nama: Hanabi Hyūga (日向ハナビ, Hyūga Hanabi)
  • Debut: Bab 78 (Manga); Naruto Episod 46 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Umur: Bahagian I: 7; Bahagian II: 10-11
  • Status: Masih hidup
  • Jantina: Perempuan
  • Pertubuhan: Konohagakure
  • Keluarga: Hyūga Elder (datuk), Hizashi Hyūga (bapa saudara), Hiashi Hyūga (ayah), Hinata Hyūga (kakak), Neji Hyūga (sepupu)


Latar belakang

Sebagai anak bongsu dalam keluarganya, terdapat kemungkinan Hanabi bakal diletakkan sebagai salah seorang ahli keluarga cabang setelah anak sulung (Hinata) mencapai usia tiga tahun. namun, oleh kerana bakal pewaris asal iaitu Hinata tidak menunjukkan keupayaannya, Hanabi telah dipilih oleh ayahnya sebagai bakal pewaris. Namun, setelah berlaku pbeberapa perubahan ke atas struktur klan Hyūga, berkemungkinan juga perkara ini tidak akan berlaku. Namun, oleh kerana Hanabi juga seorang ninja wanita, berkemungkinan tanda jampi kurungan sumpahan tersebut tidak akan dilakukan sama sekali kerana di dalam tradisi orang Jepun, hanya anggota lelaki yang berhak memulakan "cabangan" sesebuah keluarga dan bukannya pihak wanita.

Bahagian I
  • Babak peperiksaan Chūnin

Hanabi membuat kemunculan sulungnya apabila menyaksikan perlawanan di antara Neji Hyūga dan naruto ketika perlawanan akhir dalam Peperiksaan Chūnin. Hanabi juga turut dilihat tidak memgetahui insiden pemculikan Hinata suatu ketika dahulu dan penyebab kematian Hizashi kerana hanabi masih belum dilahirkan lagi ketika itu.

  • Babak dalam Anime

Hanabi muncul sebanyak tiga kali dalam babak anime; ketika imbauan ingatan Kurenai yang datang menemui ahli klan Hyuga untuk menjemput Hinata menyertai "Kumpulan Lapan". Hanabi turut juga muncul ketika hari pengebumian Hokage Ketiga dan yang terakhir adalah ketika perbualan Tsunade dengan Neji dan [Tenten]] dan Hanabi dilihat berdiri di sebelah mereka.

Bahagian II
  • Babak Penaklukan Pain

Hanabi tidak membuat kemunculan dalam babak ini, namun ada penyataan yang menyatakan bahawa Hanabi dan bapanya; Hizashi kini tidak berada di Konoha ketika serangan tersebut berlaku.

Trivia



Keluarga Cabang

Hizashi Hyūga

Fail:Hizashi.jpgHizashi Hyuga

Hizashi Hyūga (日向ヒザシ, Hyūga Hizashi) merupakan ahli klan Hyūga. Hizashi juga adalah adik kembar kepada Hiashi Hyūga, bapa saudara kepada Hinata Hyūga dan hanabi Hyūga.


  • Nama: Hizashi Hyūga (日向ヒザシ, Hyūga Hizashi)
  • Debut: Bab 102 (Manga); Naruto Episod 61 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Pangkat Tertinggi: Jōnin
  • Umur: 32
  • Status: Mati, terbunuh
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Konohagakure
  • Keluarga: Hyūga Elder (ayah), Hiashi Hyūga (abang kembar), Neji Hyūga (anak), Hinata Hyūga (anak saudara), Hanabi Hyūga (anak saudara)


Latar belakang

Hizashi merupakan adik kembar kepada Hiashi Hyūga, namun oleh kerana dia dilahirkan sebagai anak kedua maka dia telah dimasukkan ke dalam keluarga cabang. Oleh kerana telah menjadi keluarga cabang, maka Hizashi telah ditandakan dengan "Jampi Kurungan Sumpah" yang boleh digunakan untuk menghukumnya sekiranya dia tidak mematuhi arahan daripada ahli keluarga utama dan ia juga boleh digunakan untuk "mengunci" keupayaan Byakugan apabila dia mati.

Hizashi sebenarnya adalah bapa kepada Neji Hyūga. Pada hari ulangtahun ketiga kelahiran Hinata, Hiashi telah mengenakan tanda Jampi Kurungan Sumpah ke atas anaknya Neji Hyūga. Pada ketika ini, Hizashi sudah menyedari akan kebolehan istemewa anaknya dan kesal kerana Neji terpaksa menjadi "orang suruhan" kepada keluarga utama (terutamanya kepada keluarga Hiashi). Apabila dia cuba memberikan renungan yang mengandungi "niat membunuh" ke arah Hinata, Hinata bertindak seolah-olah dia berasa ketakutan dan berharap ayahnya akan melindunginya namun Hiashi terlalu sibuk dan Hizashi terus bertarung dengan Hinata. Hizashi telah meyerang titik chakura Hinata dan perutnya agar dia tidak mampu mengeluarkan lagi chakura dari tubuhnya. Hinata kemudiannya menggunakan Byakugan tetapi telah dipukul hingga terjatuh dan mengunci Byakugan miliknya agar ianya tidak dapat digunakan selama-lamanya. Hizashi berkata: Kamu adalah seorang yang tidak berguna dan tidak layak digelar sebagai salah seorang ahli klan Hyūga. Hinata kemudian menangis dan menjerit: Ayah! Ayah!Hizashi kemudian menyerang Hinata dengan teknik Lapan Triagram: Serangan 64 Telapak dan telah melumpuhkan Hinata selama tiga bulan. Hiashi kemudiannya menyedari bahawa Hinata tidak boleh lagi menjadi seorang ninja kerana kebolehannya telah "dikunci". Hiashi kemudiannya meletakkan Hinata untuk diambil sebagai anak angkat.

Kematian dan legasi

Selepas Hiashi membunuh ketua ninja dari Kumogakure, pihak Kumogakure telah menuntut mayat Hiashi sebagai ganti rugi di atas kematian ketua mereka, namun pada hakikatnya mereka hanya mahukan rahsia Byakugan milik klan Hyūga. Pada ketika ini, bapa kepada Hiashi dan Hizashi telah memberikan saranan agar menyerahkan mayat Hizashi sebagai ganti (kerana mereka kembar berwajah seiras) dan rahsia Byakugan tidak akan terdedah.

Ketika Hiashi menunjukkan keengganannya dengan cadangan tersebut, dia mengetahui bahawa Hizashi telah menyetujui perancangan yang telah diatur itu. Hizashi telah memukul Hiashi sehingga pengsan dengan satu tumbukan apabila dia cuba menghalang Hizashi. Kemudian Hizashi berkata dengan nada yang tenang bahawa dia akhirnya boleh lari daripada takdir yang mengikatnya. Walaupun masih membenci keluarga utama di atas apa yang berlaku, namun dia bangga untuk memilih kematian dan dapat menjadi "pengganti" demi menyelamatkan abangnya, mengelakkan peperangan dan memilih takdirnya sendiri. Dia kemudiannya meminta Hiashi menceritakan cerita sebenar mengenai keputusannya itu kepada Neji apabila sampai masa dan ketika yang sesuai sambil menunjukkan kekesalan kerana memberikan contoh tidak baik kepada anaknya. Hiashi mengambil keputusan untuk tidak memberitahu Neji sehinggalah dia bersedia dan kematian Hizashi membuatkan Neji begitu berdendam dengan keluarga utama dan menganggap takdir tidak boleh diubah. Neji kemudiannya telah mengetahui "kebenaran" di atas kematian ayahnya setelah dia dilawati oleh Hiashi selepas ditewaskan oleh Naruto dalam perlawanan peringkat akhir ketika Peperiksaan Chunin sedang berjalan. Di dalam siri anime, bahagian ini telah diubah sedikit dengan Hiashi memberikan Neji surat wasiat yang ditinggalkan oleh ayahnya. Neji kemudiannya memaafkan keluarga utama dan bercakap di dalam hati dan memberitahu ayahnya bahawa dia tidak akan kalah lagi.

Trivia
  • Dalam alih-bahasa Inggeris, suara yang digunakan untuk Hizashi turut digunakan untuk watak Hiashi.



Neji Hyūga

Rencana utama: Neji Hyuga
Fail:Neji Part 1.PNGNeji Hyuga dalam Bahagian I.Fail:Neji Hyūga Part II.JPGNeji Hyuga dalam Bahagian II.

Neji Hyūga (日向ネジ, Hyūga Neji) merupakan watak sokongan utama dalam siri Naruto. Neji merupakan seorang ninja Jōnin dari Konohagakure dan merupakan anggota keluarga cabang dalam klan Hyūga. Neji juga merupakan salah seorang anggota Pasukan Guy dan turut dikenali sebagai seorang genius semulajadi di kalangan ahli klannya


  • Nama: Neji Hyūga (日向ネジ, Hyūga Neji)
  • Debut: Bab 36 (Manga); Naruto Episod 21 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Pangkat Tertinggi: Bahagian I: Genin; Bahagian II: Jōnin
  • Umur: Bahagian I: 13-14; bahagian II: 16-17
  • Status: Masih hidup
  • jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Konohagakure
  • pasukan: pasukan Guy Maito
  • pasukan (terdahulu): Pasukan Shikamaru
  • Keluarga: Hyūga Elder (datuk), Hizashi Hyūga (ayah), Hiashi Hyūga (ayah saudara), Hinata Hyūga (sepupu), Hanabi Hyūga (sepupu)



Kō Hyūga

Fail:Kou.jpgKō Hyūga

Kō Hyūga (日向 コウ, Hyūga Kō) merupaka seorang ninja daripada Konohagakure dan ahli dari klan Hyūga. Apabila Hanabi dan Hiashi tidak berada di dalam Konohagakure oleh kerana menyempurnakan misi, dia telah ditugaskan untuk melindungi Hinata Hyūga.

Apabila Hinata cuba membantu Naruto, dia telah menjerit nama Hinata dan meminta dia kembali. Dia turut menyatakan kepada Hinata bahawa dia hanya akan menjadi beban kepada Naruto yang sedang bertarung dengan Pain. Kemudian, dia melihat dengan rasa kerisauan melihat Hinata tewas begitu sahaja ditangan Pain menggunakan Byakugan miliknya. Dia tidak dapat menghalang Hinata kerana dia mengalami kecederaan patah kaki ketika Pain menggunakan Shinra Tensei memusnahkan Konohagakure.


  • Nama: Kō Hyūga (日向コウ, Hyūga Kō)
  • Debut: Bab 430 (Manga)
  • Muncul dalam: Manga
  • Umur: Tidak diketahui
  • Status: Masih hidup
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Konohagakure
  • Pekerjaan: Pengawal Hinata